Pada 5 hingga 10 Ogos 2018 yang lalu, seramai 6 orang murid SMKDPT telah terpilih untuk mewakili negeri Johor ke Kejohanan MSSM Boling Tenpin 2018 yang bertempat di Megamall Bowling Centre, Pulau Pinang. Alhamdulillah, tiga orang murid kita telah berjaya mendapat pingat dalam kejohanan itu. Berikut merupakan kejayaan yang telah dicapai:
1) Johan Keseluruhan P18 (Negeri Johor, Sharifah Nurliana Lailani binti Saiyed Shagap)
2) Pemain Terbaik P18 (Sharifah Nurliana Lailani binti Saiyed Shagap)
3) Emas All Events P18 (Sharifah Nurliana Lailani binti Saiyed Shagap)
4) Emas Beregu Kategori P18 (Sharifah Nurliana Lailani binti Saiyed Shagap dan Emily Deanisa binti Mohd Fadli)
5) Tempat ke-4 Masters P15 (Nur Ain Suffiyyah binti Zakariya)
6) Tempat ke-5 Masters P18 (Sharifah Nurliana Lailani binti Saiyed Shagap)
Tahniah dan syabas diucapkan. Semoga kejayaan dan kecemerlangan ini dapat dikekalkan.