Monday, 22 January 2018

Mesyuarat Agung PIBG dan Hari Bertemu Pelanggan 2018

Pada 21 Januari 2018, SMK Dato' Penggawa Timur telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG dan Hari Bertemu Pelanggan. Pihak sekolah telah menjemput YAB Dato' Mohamed Khaled bin Nordin untuk merasmikan Mesyuarat PIBG serta sudut kebitaraan sekolah.





Monday, 1 January 2018

Maklumat Sekolah



Alamat :
SMK Dato' Penggawa Timur, KM.24 Jalan Besar, 81750 Masai Johor Bahru, Johor.

Nombor Telefon Sekolah :
07-2511035

Nombor faksimili Sekolah :
07-2526171

Alamat e-mel Sekolah :
smkdpt_masai1995@yahoo.com.my 

Carta Organisasi Sekolah


Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Dato' Penggawa Timur (SMKDPT) dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Masai pada awal penubuhannya tahun 1965. Oleh sebab bangunan yang sebenarnya belum siap dibina, murid-muridnya terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan Masai. Kumpilan murid yang pertama pada tahun 1965 ialah seramai 77 orang dengan 7 orang guru dan 3 buah kelas tingkatan 1. Kemudian bilangan murid semakin meningkat tahun demi tahun.

Suatu ketika dahulu terdapat sebuah makmal, sebuah bilik rehat guru, sebuah bilik masak, sebuah bilik jahitan dan tandas murid. Bagi menampung keperluan yang kian bertambah, pada tahun 1978 telah dibina blok C (kini dikenali Graha Temenggung) yang mempunyai 8 buah bilik darjah tambahan, 2 buah makmal Sains dan sebuah bilik perpustakaan. Manakala surau telah dibina pada tahun 1980. Pada tahun 1982, sekolah ini diperbesar dengan pembinaan sebuah dewan besar (Dewan Penggawa), sebuah bengkel perusahaan) kini bengkel Kemahiran Hidup) dan 8 buah bilik darjah di Blok D (kini Graha Laksamana). Dengan pembinaan bangunan ini membolehkan murid belajar dengan lebih selesa di dalam kelas tanpa ada lagi kelas terapung.

Mulai 1 Februari 1986, Sekolah Menengah Masai telah ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Dato' Penggawa Timur. Pada tahun ini juga aliran Sains telah diperkenalkan. Nama baru sekolah ini diambil sempena nama jawatan pembesar bergelar Dato' Penggawa Timur yang menjadi wakil Sultan Johor mulai tahun 1883 untuknmentadbir dan mengawal keselamatan di timur negeri Johor. Masai juga merulakankawasan yang termasuk dalam lingkungan kuasa Dato' Penggawa Timur.


Pada Tahun 1990, Blok E (kini Graha Syahbandar) siap dibina dengan mengandungi makmal kimia, makmal fizik, makmal biologi, bilik pendidikan seni, bilik kaunseling, 6 buah bilik darjah dan tandas murid. Perkembangan fizikal sekolah ini terus bertambah pada bulan Februari 1991 apabila Blok F (kini Graha Panglima) setinggi 3 tingkat siap dibina yang mempunyai 10 bilik darjah dan 3 buah makmal sains. Akhir sekali, didirikan blok G (kini Graha Bentara). Pembinaan Blok G ini ialah hasil daripada sumbangan PIBG sekolah ini.

Pada 1 Januari 1998, Sekolah Mennegah Dato' Penggawa Timur telah diubah nama menjadi Sekolah Mennegah Kebangsaan Dato' Penggawa imur. Bnagunan terakhir dibina telah siap pada tahun 2004 iaitu makmal komputer yang kemudian dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Johor, Encik Jalani bin Rusni pada 4 Mac 2005. Sekolah ini semakin berkembang apabila mulai tahun 2002 hinga 2005 telah dibuka Kelas Rancangan Khas (KRK). Pada tahun berkenaan, sebahagian daripada murid diambil berdasarkan keputusan cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Manakal muali tahun 2006 hingga kini, pengambilan murid tingkatan 1 sebahagian besarnya dikawal dengan menerima kemasukan separuhnya murid cemerlang UPSR.

SMKDPT bukan sahaja berubah wajah inrastruktur dan pasarannya malah pembangunan sumber manusia juga menunjukkan kematangan dan peningkatan profesionalisme. Murid-murid dirangsang dan dimotivasikan dengan memberi nama bilik darjah dengan nama-nama permata bernilai dan bersinar gemerlapan yang dapat memberikan inspirasi untuk mereka mencipta kecemerlangan. Nama kelas yang diberikan nama permata seperti Berlian, Intan, Zamrud, Baiduri, Delima, Nilam, Topaz dan Firus. Setiap Permata yang dipih memberi mej dan keperibadian tersendiri kepada murid ibarat permata itu yang bergemerlapan menyuntik semangat untuk mereka menjadi modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kebitaraan SKK

 KEBITARAAN

KURIKULUM : 


1) Sains 

RASIONAL PEMILIHAN


1. Mempunyai Guru Cemerlang Sains


2. Mendapat keputusan yang baik dalam mata pelajaran Sains




KOKURIKULUM : 

1) Boling Tenpin  

RASIONAL PEMILIHAN



1. Kejayaan pemain-pemain boling dalam pencapaian


Kejohanan MSSD, MSSJ, MSSM, Sukma, Sirkit Excel Milo dan banyak lagi
.



Kokurikulum

Dalam bidang Kokurikulum terdapat beberapa bahagian antaranya ialah :- 

1) Unit Beruniform (10 Unit)
    - PKBM
    - KPA 3
    - Pengakap Laut
    - ST.John Ambulans
    - BSMM
    - Kadet Remaja
    - Pandu Puteri
    - Puteri Islam
    - Kadet Polis
    - Kadet Bomba

2)  Persatuan (10 Persatuan)
     -Bahasa Melayu
    - Bahasa Inggeris
    - Bahasa Cina
    - Bahasa Tamil
    - Sejarah
    - Geografi
    - Sains
    - Matematik
    - Pengetahuan Moral
   - Pendidikan Islam
   - Pendidikan Islam
   - Pendidikan Seni
    - Prinsip Akaun
    - Hiasan Dalaman
    - Kemahiran Hidup
    - MPPU

3)  Kelab ( 20 Kelab)
    Pengguna
    - Keselamatan
    - Bimbingan & Kaunseling
    - Kebudayaan
    - Fotografi
    - Rukun Negara
    - Kembara
    - Tunas Bistari
    - Anti Jenayah
    - Hidroponik
    - Interact
    - Akuakultur & Ternakan
    - Tani
    - SPBT
    - Taman Herba & Landskap
    - Koperasi
    - Prostar
    - Setia
    - Pusat Sumber
    - Perbahasan

4)  Permainan ( 12 Permainan)
    - Bola Sepak
    - Bola Jaring
    - Catur
    - Ping Pong
    - Olahraga
    - Kriket
    - Badminton
    - Bola Baling
    - Ragbi
    - Petanque
    - Bowling
    - Futsal   

Logo Sekolah




Maksud :

Di bahagian atas lencana bertulis dengan nama "SMK Dato' Penggawa Timur". Di Bahagian bawah terdapat cogan kata sekolah berbunyi 'BERUSAHA BERBAKTI' yang bermaksud  berusaha ingin mencapai kejayaan dan berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan Negara


BUKU TERBUKA          : Pendedahan kepada budaya ilmu
MIKROSKOP                : Ilmu Sains dan Teknologi
RODA TEKNOLOGI    : Kemajuan Sains dan Teknologi
OBOR                             : Semangat ingin berjaya
LIMA GELANG            : Semangat kekitaan, persaudaraan dan perpaduan melalui bidang sukan

Latar Belakang Sekolah



PIAGAM PELANGGAN


Kami warga SMK Dato’ Penggawa Timur Masai dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :


•Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi kehendak individu masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara.


•Memastikan staf yang mencukupi serta berdisiplin, berdedikasi, bertanggungjawab dan produktif.


•Memastikan pelajaran dimulakan pada hari pertama persekolahan.


•Menentukan setiap guru dan kakitangan sokongan dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.


•Memastikan kami sentiasa peka dan progresif kepada kehendak dan keperluan pelanggan yang terdiri daripada murid, ibu bapa, penjaga, masyarakat dan negara.


•Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.


•Menentukan segala urusan surat-menyurat, laporan dan maklumat diberi perhatian dan tindakan segera dengan lengkap dan tepat kepada yang berkenaan.


•Mewujudkan persekitaran yang indah lagi ceria dan budaya sekolah.


•Memastikan budaya sekolah berjalan lancar.


•Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan dari segi akademik mahupun sukan.