Sunday, 29 April 2018

Karnival Bahasa Cina Daerah Pasir Gudang 2018

SMK Dato' Penggawa Timur telah menyertai Karnival Bahasa Cina peringkat Daerah Pasir Gudang 2018 dan telah memenangi beberapa pertandingan iaitu:

1. Kuiz Menengah Rendah : Johan

2. Kuiz Menengah Atas : Johan

3. Pidato Menengah Rendah :  Johan

4. Pidato Menengah Atas: Naib Johan

5. Kaligrafi Menengah Rendah: Cemerlang (Johan)

6. Kaligrafi Menengah Atas: Kepujian (Naib Johan)

7. Deklamasi Sajak Menengah Atas : Sagu hati

8. Deklamasi Sajak Menengah Rendah: Penyertaan



Tahniah dan syabas diucapkan.

Festival Nasyid Negeri Johor 2018

SMK Dato' Penggawa Timur telah menyertai pertandingan nasyid anjuran Festival Nasyid Negeri Johor 2018. Kumpulan Nasyid sekolah iaitu Raffique telah memenangi tempat kedua bagi keseluruhan pertandingan. Selain itu juga, guru pembimbing kumpulan nasyid ini, Ustazah Maizura telah memenangi anugerah lirik lagu tema terbaik. Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan.




Saturday, 21 April 2018

Belasungkawa

Salam Takziah diucapkan daripada kami warga Dato' kepada ahli keluarga pembantu makmal SMK Dato' Penggawa Timur, Allahyarham Mohd Razali yang telah kembali ke Rahmatullah. Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Felda Kahang Barat, Kluang.


Wednesday, 18 April 2018

Perasmian dan Pelancaran Karakter Murid Johor (KRMJ) Peringkat Sekolah

SMK Dato' Penggawa Timur telah mengadakan perasmian dan pelancaran Karakter Murid Johor (KRMJ) Peringkat Sekolah pada 17 April 2018.





Sunday, 15 April 2018

Bengkel Sehari Khemah Asas Lakon

Kelab Kebudayaan SMK Dato' Penggawa Timur telah menganjurkan Bengkel Sehari Khemas Asas Lakon bersama wakil Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Johor dan Majlis Teater Negeri Johor (MTNJ), Encik Othman Ahmad.



Thursday, 12 April 2018

Bahas Ala Parlimen Karnival Bahasa Melayu 2018

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pn Rahimah dan Pn Norashidah dan anak-anak yang cemerlang kerana telah mendapat Naib Johan dalam Bahas ala Parlimen bersempena Karnival Bahasa Melayu peringkat Daerah Pasir Gudang 2018.


Pengucapan Awam dan Public Speaking Tingkatan 6

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pn Hilmiyah serta 2 orang pelajar tingkatan 6 yang berjaya menyandang Johan bagi kategori Perempuan dan naib johan bagi kategori Lelaki dalam pertandingan Pengucapan Awam Peringkat Daerah Pasir Gudang.


Tahniah juga diucapkan kepada Pn Rathiga dan Pn Usha kerana kedua-dua pelajar bimbingannya menyandang Johan dalam Public Speaking Tingkatan 6 peringkat Daerah Pasir Gudang.



Monday, 2 April 2018

Majlis Anugerah Penggawa Gemilang, Penetapan ETR & Program Motivasi Pelajar PT3, SPM dan STPM Tahun 2018

SMK Dato' Penggawa Timur telah menganjurkan Majlis Anugerah Penggawa Gemilang, Penetapan ETR & Program Motivasi Pelajar PT3, SPM dan STPM Tahun 2018 pada 1 April 2018 bertempat di Dewan Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor.



Majlis telah dirasmikan oleh Datuk Haji Ayub bin Rahim. Turut dijemput ialah Amin Idris, personaliti televisyen terkenal di Al-Hijrah, serta pakar motivasi tersohor di Malaysia untuk memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PT3, SPM dan STPM. Semoga majlis ini dapat memberi motivasi dan inspirasi kepada bakal calon-calon peperiksaan yang akan datang untuk mendapat keputusan yang cemerlang.