Pada tarikh 16 Mei 2018, bertempat di Dewan Penggawa, SMK Dato' Penggawa Timur telah berlangsung sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Pada tahun ini, Tema tahun ini ialah “Guru Pemacu Transformasi Pendidikan”. Tema suasana dan pakaian ialah “Kesultanan Melayu”. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang majlis sambutan Hari Guru ini berlangsung. Berikut merupakan antara pakaian yang diperagakan oleh para guru semasa majlis tersebut:
Wednesday, 16 May 2018
Monday, 7 May 2018
Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Daerah Pasir Gudang 2018
Pada 07 Mei 2018, SMK Dato' Penggawa Timur telah menyertai Pertandingan Bicara Berirama yang bertempat di SMK Johor Jaya 1. Alhamdulillah, kumpulan bicara berirama sekolah telah berjaya mendapat Johan dalam pertandingan tersebut. Kumpulan ini juga turut memenangi Anugerah Konduktor Terbaik. Tahniah dan syabas diucapkan.
Friday, 4 May 2018
Pertandingan Drama Komsas Bahasa Melayu 2018
SMK Dato' Penggawa Timur telah menyertai Pertandingan Drama Komsas Bahasa Melayu dan telah mendapat tempat naib johan keseluruhan pertandingan serta membawa pulang 3 anugerah khas juri iaitu:
1. Anugerah sinografi terbaik
2. Anugerah pelakon wanita terbaik
3. Anugerah pelakon pembantu wanita terbaik.
Tahniah dan syabas diucapkan.
1. Anugerah sinografi terbaik
2. Anugerah pelakon wanita terbaik
3. Anugerah pelakon pembantu wanita terbaik.
Tahniah dan syabas diucapkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)