Friday, 20 July 2018

Kejohanan MSS Johor Boling Tenpin 2018

Pada 17 hingga 19 Julai 2018, beberapa orang pelajar SMK Dato' Penggawa Timur telah mewakili daerah Pasir Gudang untuk menyertai Kejohanan MSS Johor Tenpin Boling peringkat negeri. Beberapa orang pelajar SMKDPT telah berjaya merangkul beberapa tempat sekaligus telah menempatkan daerah Pasir Gudang sebagai Johan Keseluruhan bagi kejohanan ini.

Oleh itu, seramai enam orang murid ini yang mendapat pingat Emas hingga tempat ke-4 bagi kategori Individu telah terpilih untuk mewakili negeri Johor ke MSSM Boling Tenpin yang akan diadakan pada 3 hingga 10 Ogos nanti. Berikut merupakan senarai murid yang telah memenangi kejohanan ini:

L15:
1) Saiyed Abd Hakim bin Saiyed Shagap(Ke-7 Individu), (Emas Beregu dan Berkumpulan)

P15:
1) Nurul Aisyah bt Abd Halim (Perak Individu), (Emas Beregu dan Berkumpulan)
2) Nur Ain Suffiyyah bt Zakariya (Gangsa Individu), (Emas Beregu dan Berkumpulan)

L18:
1) Muhamad Haikal Akmal bin Hamid (Emas Individu, Beregu dan Berkumpulan)
2) Muhamad Nurdini Syabil (Emas Beregu dan Berkumpulan)

P18:
1) Nur Syafiqah bt Zulkifli (Emas Individu, Beregu dan Berkumpulan)
2) Sharifah Nurliana Lailani bt Saiyed Shagap (Perak Individu), (Emas Beregu dan Berkumpulan)
3) Emily Deanisa bt Mohd Fadli (Gangsa Individu), (Emas Beregu dan Berkumpulan)


Pasukan Boling bagi Kategori L15


Pasukan Boling bagi Kategori L18


Pasukan Boling bagi Kategori P15


Pasukan Boling bagi Kategori P18


Murid SMK Dato Penggawa Timur yang mewakili Pasukan Boling Daerah Pasir Gudang


Pasukan Boling Tenpin Daerah Pasir Gudang


Syabas dan tahniah diucapkan!

Thursday, 19 July 2018

Juara Sekolah Negeri Johor

SMK Dato Penggawa Timur telah menghantar beberapa orang murid untuk menyertai kejohanan Kriket Juara Sekolah Negeri Johor. Alhamdulillah murid sekolah kita telah mendapat Johan dalam kejohanan ini. Syabas dan tahniah diucapkan.


Sunday, 15 July 2018

MSSJ Kriket 2018

Tahniah diucapkan buat guru dan pasukan kriket yang telah memenangi tempat ketiga Kejohanan MSSJ Kriket 2018.


Karnival Bahasa Cina Negeri Johor 2018

SMK Dato Penggawa Timur telah menyertai beberapa pertandingan dalam Karnival Bahasa Cina Negeri Johor 2018 dan telah memenangi beberapa pertandingan. Antaranya ialah:

1. Johan dan Piala Pusingan Pidato Spontan Menengah Rendah
2. Tempat ke-6 Kuiz Menengah Atas
3. Tempat ke-6 Kuiz Menengah Rendah
4. Saguhati kaligrafi menengah rendah


Tahniah dan syabas diucapkan.

Karnival Matematik, Rekacipta dan Inovasi Sains SKK 2018

Pada 15 Julai 2018, SMK Dato Penggawa Timur telah menyertai beberapa buah pertandingan dalam Karnival Matematik, Rekacipta dan Inovasi Sains SKK 2018 peringkat Kebangsaan yang bertempat di Sekolah Tinggi Kluang, Kluang Johor. Sekolah kita telah berjaya mendapat 7 tempat daripada 10 penyertaan. berikut merupakan keputusan pertandingan:

1. Johan Inovasi Teknologi Hijau (Banan)
2. Naib Johan Lanskap Men. Atas
3. Johan Kuiz Matematik Sek Menengah
4. Naib Johan Kuiz Matematik Sek Menengah
5. Johan Kuiz Individu Teknologi
6. Keempat Explorace Matematik
7. Naib Johan Sudoku.



Tahniah dan syabas diucapkan.

MSSJ Catur

Pada 15 Julai 2018, telah diadakan Pertandingan MSSJ Catur. Murid sekolah kita telah memenangi Naib Johan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pn Hjh Sarinah, Pn Noor Nazurah dan Pn Rosnah atas kejayaan anak Dato dalam Kejohanan Catur peringkat negeri.


Sunday, 8 July 2018

Rumah Terbuka dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SMKDPT 2018

Pada 8 Julai 2018, iaitu pada hari Ahad, SMK Dato Penggawa Timur telah mengadakan Rumah Terbuka dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SMKDPT. Pihak sekolah turut menjemput ADUN Permas, iaitu Datuk Che Zakaria Mohd untuk memeriahkan lagi majlis sambutan hari raya ini. Berikut merupakan antara suasana Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di SMKDPT:






















Thursday, 5 July 2018

Kuiz Sejarah Peringkat Pasir Gudang 2018

Tahniah diucapkan buat Cik Bharathes serta anak-anak didik kerana telah memenangi Johan dalam pertandingan Kuiz Sejarah Daerah Pasir Gudang.


Kejohanan MSSD Pasir Gudang Boling Tenpin 2018

Pada 3 hingga 5 Julai 2018, SMK Dato Penggawa Timur telah menghantar beberapa penyertaan bagi semua kategori Menengah Atas. Sekolah kita telah membolot kesemua Emas bagi semua kategori sek Menengah dan telah mendapat Johan Keseluruhan bagi Kategori Sekolah Menengah. Berikut merupakan senarai murid yang telah mendapat tempat:-

L15:
1. Saiyed Abd Hakim (Johan)
2. Mohamad Zaris (Tempat ke-5)
3. Mohd Ikmal Hakim (Tempat ke-7)

P15:
1. Nur Ain Suffiyyah (Johan)
2. Nurul Aisyah binti Abd Halim (Naib Johan)

L18:
1. Muhammad Haikal Akmal (Johan)
2. Muhamad Nurdini Syabil (Naib Johan)
3. Muhd Irfan
4. Mohd Alif Eqnur (Tempat ke-9)
5. Mohd Haiqal Hakimi (Tempat ke-10)

P18:
1. Sharifah Nurliana Lailani (Johan)
2. Nur Syafiqah (Naib Johan)
3. Emily Deanisa (Ketiga)





Tahniah dan syabas diucapkan buat guru dan pemenang.